Wednesday, January 19, 2011

Apa itu Pressure Regulator

Okay,

pressure regulator ialah sebuah equipment yang biasa terdapat didalam sesuatu sistem yang melibatkan pressure. Kebiasaannya dalam sistem dapur masak kita. Jika anda perhatikan, terdapat sebuah alat di atas pada tong gas dan itu lah regulator.

Fungsinya ialah merendahkan tekanan. Contoh, di dalam sistem NGV natural gas vehichle yang di guna pakai untuk boiler. Input NGV didalam cylinder ialah 3000psi..sedangkan untuk di guna pakai ialah 70psi. jadi adalah perlu untuk merendahkan tekanan daripada 3000psi ke 70psi. Di sini lah gunanya regulator. Untuk makluman lanjut tentang pressure drop from 3000psi kepada 70psi akan saya post kemudian..



Regulator untuk pasaran NGV agak banyak. Bezanya ialah jenis regulator itu sendiri. Samada jenis piston atau diagfram. perlu di ingat kan bahawa aplikasi yang berlainan memerlukan jenis berlainan regulator. Guna ikut kesesuaian.

Anda boleh pilih samada jenama Swagelok, Tescom, Straval dan banyak lagi jenis yang ada di pasaran. Penentuan jenis regulator juga penting dari segi size, end of connection, cv, filter element dan lain-lain.

Oleh itu anda perlu study awal2 supaya anda tidak membazir untuk membeli regulator kerana harganya agak mahal..

No comments:

Post a Comment